PENGALAMAN TEMUDUGA DI KILANG SARUNG TANGAN


Saya tamat belajar ijazah pada hujung bulan jun 2017 di universiti tempatan,UTM skudai Johor. Selama 4bulan saya menganggur di rumah sementara memohon kerja melalui jobstreet,jobstore,indeed,dan contact dengan kawan-kawan jika ada kerja kosong. Alhamdulillah, kawan sekelas semasa sekolah menengah dulu ada inform, di syarikat tempat dia bekerja memerlukan pekerja baru di bahagian QA department. Saya kemaskini dan sent resume dan seminggu lepas itu, saya dipanggil untuk temuduga. 

Pada hari temuduga tersebut, saya jumpa dengan guard, sapikal(indonesia) dan memaklumkan saya datang untuk interview.Saya perlu isi satu borang kecil (visitor) dan pass visitor dan  saya di bawa ke lobi dan menunggu kedatangan interviewer saya. Setelah interviewer datang, saya diminta isi form personal detail. dan setelah itu, kami meneruskan sesi interview tersebut. Apa yang ditanya ketika interview (mix language) ialah:
1-Introduce yourself
2-Tell about your background study
3-Internship experience

Then interviewer explain detail about background this company and about my jobscope. oh, lupa nak perkenalkan, nama interviewer tersebut adalah encik Man. Selepas itu, En Man bawa saya rounding kilang secara rawak untuk memperkenalkan situasi sebenar di dalam kilang tersebut dan department2 yang ada. kilang ini sebenarnya produce gloves and condoms (major in gloves). Encik Man suggest saya lapor diri pada 01 nov 2017 di kilang ini disebabkan pada 30 oct 2017 merupakan convocation day saya. kilang tersebut adalah ssn medical products sdn bhd.

Comments