sebelum iv:
Seminggu sebelum iv ini, saya dapat mesej untuk invite iv. Jangan terkejut ya jika anda dapat panggilan iv melalui mesej. cuma double check adakah anda pernah mohon kerja ini dan search nama company ini untuk elak scam. dan jangan lupa reply mesej nya ya sebab ini first impression.tolong jaga ya. contoh cara saya reply (lebih kurang sama dengan reply email)
Mungkin anda ada ayat yang lebih ok. ayat simple daripada saya. sebenarnya perasaan saya berbelah bahagi ketika dapat mesej ni..happy,sedih,celaru semua ada, hepy sbb dpt invite iv..sedih sebab saya memang xde pengalaman dalam bidang operation ini. tapi bila saya tanya pendapat abang dan kawan rapat saya, beliau cakap kalu xnak xperlu pergi tapi reply mesej cara elok. so, setelah lama berfikir, saya pun terfikir alasan car breakdown.ha3 sebab xtahu nak bagi alasan apa. tapi rasa bersalah juga.contoh ayat saya reply:
dan saya ingat memang beliau xakan invite or reply apa2 dah.terkejut juga bila beliau invite saya lagi siap tanya bila masa sesuai.so, dy suggest keesokkannya. memang berdebar teruk. nak copy resume n sijil lagi.tapi xpe bawa bertenang.follow the flow ja.
Makanya 18/2/2020 saya attend this iv dekat sungai buloh. dengan jammed teruk pagi tu. so, saya call dulu bagitau saya akan lambat dan saya minta maaf. Alhamdulillah, beliau minta saya datang juga utk iv. macam biasa bila sampai saya dibawa ke office dan isi form personal detail sebelum sesi iv bermula. ada dua org lelaki dan perempuan cina menjadi interviewer saya. tarik nafas hembus nafas kejap. soalan2 yang dtanya(mix language):
1-introduce yourself(simple2 ja..cthnya nama, umur, stay mana,asal mana, belajar spm,matrik/asasi/alevel ke/diploma/dll,ijazah dimana dan bahagian apa
2-tell about jobscope for your current job(firstly, bgtau korg start keje bila, nama company apa, product apa, kat mana location company tersebut dan bru masuk jobscope korang.dan cerita juga incase korang ada buat kerja selain jobscope korang
3-why you want to resign from your company(yang ni korang jgn sesekali crita masalah company or masalah korang whatever la.ckp je nak gain new experience or nak continue career in large company)
4-interviewer tanya apa yang korang tulis dalam resume or sijil2 yang ada.so, jawab je apa yang ditanya.
then, mereka explain kat saya ttg company ini dan jobscope saya.dan apa yang di offer(benefits mcm biasa cuma nilai2 shj yang berbeza) dan working hour.
5-How about leave notice(ok, kat sini jangan tipu. bagitau je yang jujur..kalau saya 2bulan notice tp saya bgtau saya akan cuba utk negotiation dgn hr)
6-Are you sure want this job?
7-Any questions?(ensure korg kena tanya apa2..mcm biasa saya akan tya culture and jobscope dgn lebih detail.probation or anything mereka xceritakan lagi
cuma interviewer itu macam seolah-olah perli saya..mengatakan culture kat sini kena sampai awal di tempat kerja. so, saya senyum dan angguk. saya minta maaf atas kelewatan saya. tetapi mereka masih terima disebabkan saya inform mereka awal, so, korang jgn dtg lewat tau. nanti mereka cop korg jenis xpunctual..so jgn lupa bg salinan resume dan sijil kepada mereka.
selepas iv:
jangan lupa untuk reply mesej ya. dan kalau nak follow up seminggu/dua minggu selpas iv. bagi mereka masa untuk buat pemilihan. ini cth ayat reply simple2 pun xpe.
ohya lupa pula saya, nama kilang ini jian handling equipment sdn bhd.
Comments
Post a Comment