PENGALAMAN TEMUDUGA DI KILANG KIMIA (SERBUK POLIMER)


Saya dapat panggilan temuduga pada 4 march 2020 di klang sebagai Logistic Assistant. Saya interview pada sesi pagi pukul10.30am. Saya bergerak dari seri kembangan pukul8.30am sebab kebiasaannya pada waktu pagi, waktu kemuncak jammed. Lokasi kilang mudah dicari. Saya lapor diri dekat guard pukul10.20am dan dibawa ke office. Disebabkan HR Manager ada meeting, saya diminta untuk tunggu sebentar. Sambil menunggu, saya praktik untuk iv dan melihat product2 yang dihasilkan di dalam almari di lobi. Setelah itu, HR Manager datang untuk memulakan sesi temuduga. Soalan-soalan yang ditanya (fully malay):
1- perkenalkan latar belakang awak
2- Adik beradik berapa? berapa orang tanggungan? kena tanggung ibu bapa?
3- jelaskan jobscope awak kerja sekarang
4- Memang tiada pengalaman langsung dalam logistik?
5- Awak memang minat/boleh bekerja dalam bidang logistik?
6- Microsoft word, excel,powerpoint tahu?

Hr Manager tersebut menerangkan secara ringkas job scope sebgai Logistic Assistant dan benefit2 yang ditawarkan serta probation period.
7- You have any question? yang ni tya je apa sahaja yang korang kurang faham or ingin tahu tentang kilang tersebut (yang positif2 sahaja)
-Saya tanya tentang culture syarikat tersebut dan macamana saya nak tahu saya dapat atau tidak.

Then, beliau bagitau akan ada second iv nanti,jika dipanggil untuk second iv memang dah berjaya ditawarkan position tersebut.

Korang jangan lupa ya ucap terima kasih kepada interviewer via email tanda penghargaan untuk sesi iv.  kilang tersebut adalah cp powders sdn bhd.

Comments

Post a Comment